Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas. Setiap manusia berbeza - beza. Ada diantara kita dapat mengingat sesuatu perkara dengan banyak. Dan ada diantara kita dapat mengingat sedikit. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan dalam pembelajaran :
- Minat terhadap apa yang dipelajari
- Belajar dengan tujuan untuk mengingat
- Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar
- Fahami dahulu sebelum mengingat
- Menyusun ingatan secara logik
- Mengingati fakta dalam satu rangkaian
- Latih tubi dan ulang kaji berkali - kali
- Menilai kembali apa yang dipelajari
- Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari
- Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui
- Susun huruf - huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenali
Strategi Meningkatkan Daya Ingatan :
- Senaman dan aktiviti fizikal :
- Sukan dapat menigkatkan peredaran darah, mengurangkan risiko obesiti dan diabetes serta menyihatkan jantung
- Sukan memberi manfaat pada sistem tubuh, terutamanya daya ingatan dan kemampuan kognitif lain
- Contoh sukan :
- Bersenam selama 20 hingga 30 minit sehari
- Naik turun tangga
- Berjalan
- Berbasikal
- Berenang
- Tukar rutin harian
- Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir
- Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan
- Contohnya :
- Tukar cat dinding atau wallpaper
- Ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir
- Minda fotograf
- Amalkan minda fotograf iaitu dengan cara menangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti :
- Deria penglihatan (lihat dan mengingati seperti warna, tekstur, rupa bentuk yang unik)
- Deria bau (bau-bau tertentu sepeti wangi, busuk, hapak)
- Deria rasa (rasa tertentu seperti masam, manis, masin, pahit)
- Teruskan belajar
- Dengan belajar, kita akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan
- Adalah disarankan agar mengikuti kuliah, kelas perbincangan secara berkumpulan
- Dengan cara itu, kita akan saling bertukar - tukar maklumat dan mendatangkan hasil yang bermanfaat untuk perkembangan daya ingatan
- Layari internet
- Menurut pakar neurologi Gary Small mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus otak
- Ini kerana ia dapat membantu dalam membuat keputusam
- Sudah banyak maklumat di dalam mida dan otak terutamanya bagi orang yang berumur 55 hingga 76 tahun
- Berhenti merokok
- Perokok selalunya cepat menghidap penyakit Alzhaimer (pelupa) lebih awal berbanding bukan perokok
- Perokok juga mudah menghidapi penyakit kanser paru - paru
- Menjalin hubungan sosial dan keluarga
- Semakin bersosial, semakin baik untuk ot
- Ia dapat meningkatkanlagi daya ingatan kerana banyak berfikir
- Mengasingkan diri dapat merosakkan banyak sistem tubuh seterusnya menyebabkan kita mudah lupa
- Makan makanan berkhasiat
- Apa yang kita makan selalunya memberi kesan kepada ottak dan ingatan
- Jadi makanlah makanan yang baik dan dapat meningkatkan daya ingatan
- Antaranya ialah :
- Sayur - sayuran berdaun hijau, bayam kubis, salad
- Brokoli
- Jus buah - buahan
- Buah berbagai contohnya delima , beri - beri
- Kismis
- Kekacang
- Minyak zaitun dan minyak sayuran
- Madu
- Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi
- Teh hijau atau teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi
- Kafein yang banyak dalam kopi pula dapat meningkatkan konsentrasi
- Jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua
- Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)
- Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan
- Contohnya mendengar muzik atau radio sambil belajar
- Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut
- Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan sehingga berjaya
- Kurangkan makan
- Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya
- Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya
- Ia juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan
* Faktor bahan pembelajaran :-
- Kategori ini merangkumi empat aspek iaitu :
- Panjagng bahan
- Kesukaran bahan
- Kedudukan bahan
- Bahan bermakna
* Faktor kaedah pembelajaran :-
- Ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan
- Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama :
- Belajar secara bahagian
- Belajar secara sekali gus dan last minit
* Faktor peirbadi :-
- Dapat meningkatkan lagi daya ingatan selepas pembelajaran :
- Umur
- Jantina
- Kebolehan
- Motif
- Emosi
- Kesihatan
- Personaliti
Teknik - Teknik Meningkatkan Ingatan :
~ Teknik Mendengar
~ Peta Minda
~ Nota Ringkas
~ Skimming dan Scanning
~ Teknik Chunking dan Telnik Mnemonik
Kepintaran semula jadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semula jadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran - kemahiran belajar bukan sahaja membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semula jadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan dengan itu seluruh sistem pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar.
0 comments:
Post a Comment