Perancangan Jadual Belajar


Pelajar perlulah bijak menguruskan masa agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulang kaji dengan aktiviti - aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor utama kegagalan dalam pelajaran.


Sebagai pelajar anda mestilah :


  • Pastikan waktu mengulang kaji lebih daripada 3 jam sehari
  • Semakin hampir dengan peperiksaan anda perlulah belajar 5 hingg 7 jam sehari. Maksud 5 hingga 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan
  • Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam di waktu petang dan 3 jam di waktu malam. Ia menjadikan jumlah masa belajar anda iala 6 jam sehari
  • Anda jangalah membazir masa anda dengan media massa yang boleh menyebabkan anda lalai
  • Hargailah masa anda dan susun jadual supaya anda tidak merasa jemu apabila melakukan perkara yang sama


Concentration :

  • Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza
  • Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit
  • Jangan paksa diri anda
  • Sekiranya anda rasakan tumpuann mula terganggu, ambillah rehat seketika iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar
  • Sebelum anda sambung belajar, Cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya
  • Pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya anda tidak merasa jemu
  • Selang selitkan aktiviti membaca dengan membuat nota mind mapping
  • Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu bear
  • Jumlah bahan yang mahu diulang kaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan
  • Meletakkan matlamat untuk membaca 100 m/s dalam masa 1 jam adalah tidak realistik
  • Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang perkara yang mahu diulang kaji
  • Dengan adanya jadual belajar, anda akan tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu
  • Sediakan senarai harian (to do list) pada malam sebelumnya agar anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari
  • Tentukan tahap keutamaan dan kepimpinan
  • Rekodkan progress anda pada sehelai kertas
  • Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan
  • Gunakan teknik membaca yang berkesan
  • Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang
  • Fokus sekurang - kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses memanggil semula maklumat (recall)
  • Gunakan kad kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil - kecil di antara kelas, ketika menunggu, selepas rehat, sebelum masuk kelas dan lain - lain
  • Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil - kecil ini anda akan dapati jumahnya 1 hingga 2 jam dalam sehari
  • Manfaatkan pecahan masa anda
  • Sekiranya anda belajar secara konsisiten 1 jam seharii, ini bermakna anda hanya belajar 15 hari sahaja dalam setahun

Kaedah Merancang Waktu Belajar :

Waktu merupakan sesuatu yang tidak boelh dikawal, dicepatkan, deberhentikan atau dilambatkan. Kita memerlukan banyak masa atau waktu tetapi kita tidak tahu di mana harus kita mencari masa. Masa merupakan sesuatu yang amat bernilai lebih bernilai daripada wang ringgit. Kehilangannya atau terlalai sesaat sudah pasti kita tidak dapat semula waktu tersebut walaupun wang dilabur berjuta ringgir kerana masa takkan mungkin dapat ditukar ganti. Pepatah ada mengatakan 'lalai sesaat derita seumur hidup'. Antara kaedah - kaedah perancangan waktu belajar yang berkean ialah :

* Mengumpulkan Bahan yang anda perlukan :-




* Menggunakan Kalendar Perancangan Penggal :-




* Merancang Aktiviti Harian dan Mingguan :-



* Jadual Belajar yang efektif:-







Kepentingan dan Keperluan Jadual Belaajar :-


  • Jadual perancangan perlu ada kerana kehidupan lebih teratur dan tidak dalam keadaan terkejar-kejar dan tergesa - gesa
  • Sebelum jadual dibuat, perlu ada perancangan lain seprti cara belajar, tempat belajar dan suasana belajar
    • Dalam perancangan yang baik adalah cara belajar iaitu baca yang penting dahulu
    • Perlu merancang tempat belajar. Tempat sebaik - baiknya adalah di bilik belajar
    • Pastikan setiap pelajar mempunyai meja sendiri bagi tidak mengganggu pelajar lain
    • Bagi pelajar asrama, elakkan berkongsi meja bersam rakan lain kerana akan mengganggu perhatian terhadap pelajaran

Gangguan dalam Perencangan Jadual Harian :-


  • Mungkin jadual tidak dapat dipatuhi dengan sempurna 
  • Mungkin kerana sebab tertentu seperti pada hari minggu ibu bapa mempunyai agenda tersendiri seperti membawa anak - anak ke majlis sambutan, bercuti dan lain - lain
  • Dengan cara ini, kita haruslah mencari jalan penyelesaian untuk mengganti masa yang patut dilakukan supaya apa - apa yng dirancang tidak tertinggal dan tidak dibuat

Bagaimana untuk sentiasa mengikut jadual yang ditetapkan :-

  • Disiplinkan Diri

    • Jangan malas untuk ikut jadual. Jangan berkata 'nanti la buat'. katalah seperti 'baik lakukan sekarang supaya tidak bertangguh'.

  • Jadual yang Sederhana 

    • Jangan mengatur jadual terlalu kuat sehingga tiada masa untuk bersosial.
    • Pastikan jadual merangkumi semua aspek iaitu sosial, belajar, bersama keluarga dan sebagainya

  • Contoh Jadual yang Fleksibel

    • Hari Sekolah 
    • Hari Minggu

Manfaatkan hari anda ...





10 comments:

  1. Terima kasih kerana telah share ini ya, saya hargai sangat sangat ❤️

    ReplyDelete
  2. Senang nak belajar sbb Ada jadual belajar

    ReplyDelete
  3. Perancangan jadual belajar ini sangat membantu saya untuk mengulang kaji mata pelajaran.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. betul, pengurusan masa penting untuk kita cemerlang. jadual belajar jadikan kerja lebih teratur kerana kita rancang matlamat

    ReplyDelete
  5. penerangan dan tips tips paling membantu untk membuat jadual harian atau pemebelajarn..terima kasih banyak banyak

    ReplyDelete
  6. Saya hargai sangat2 , tq kerana share๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€(≧▽≦)(✷‿✷)

    ReplyDelete
  7. terima kasih , saya cuba berubah utk lebih fokus dan study dalam pelajaran.

    ReplyDelete

  8. terima kasih atas tips tips yang diberi

    ReplyDelete