Pengurusan Masa


Definisi Masa :

  • Penting dalam kehidupan
  • Manusia melalui masa yang sama
  • Ada rasakan masa lambat berlalu
  • Ada rasakan masa cepat berlalu
  • Masa merupakan hak peribadi individu
  • Masa amat mustahak dalam kehidupan

Ciri - Ciri Masa :

  • Jumlah masa yang terhad
  • Masa terlalu singkat
  • Masa tidak berundur
  • Masa boleh dikawal
  • Masa boleh diurus 


Tujuan Pengurusan Masa :

  • Dapat bahagikan masa dengan wajar
  • Guna masa dengan betul
  • Menepati masa ikut jadual
  • Ikuti perkembangan pembelajaran
  • Tentukan kaedah uruskan masa ikut kehendak

Faedah Mengurus Masa :

  • Mencapai hasil terbaik
  • Mengurangkan tekanan
  • Mencapai kehidupan yang seimbang
  • Menyempurnakan banyak tugas
  • Menjaga kesihatan supaya lebih teratur
  • Ada masa untuk berehat
  • Mengelak 'last minute revision'
  • Lebih faham apa yang dipelajari
  • Mengurangkan kesilapan

Pembaziran Masa :

  • Selalu tangguh kerja
  • Tiada disiplin diri
  • Tiada objektif yang jelas
  • Tiada perancangan tugas
  • Gagal menyenaraikan keutamaan dalam bertindak
  • Tiada jadual dan norma kerja yang teratur
  • Kurang kemahiran dalam menjalankan tugas

Pengurusan Masa yang Efektif :

  • Buat perancangan aktiviti harian , mingguan , bulanan dan tahunan
  • Sediakan kalendar aktiviti tahunan pada setiap awal tahun
  • Sediakan jadual belajar
  • Sediakan senarai semak aktiviti program
  • Kategorikan aktiviti mengikut keutamaan
  • Dokumenkan aktiviti dalam diari dan mulakan tugas harian dan melihat diari
  • Rancang masa lapang untuk kegiatan berfaedah
  • Ambil berat tentang tarikh penting
  • Buat persediaan menyeluruh sebelum menghadiri sesuatu kegiatan
  • Rancang masa rehat anda dan sesuaikan masa solat
  • Peruntukkan masa belajar yang terbaik
  • Gunakan masa selebihnya untuk kerja 'routine'
  • Mulakan masa belajar dalam jangka masa yang pendek beransur
  • Tetapkan masa rehat selama 5 minit di antara mata pelajaran

Perancangan setiap minggu :

  • Tentukan kerja utama yang perlu dibereskan
  • Pinjamkan buku berkaitan dengan keperluan
  • Tentukan hasil yang anda ingini di akhir minggu tersebut 
  • Masa belajar harian
  • Rancangan masa belajar berdasarkan kemampuan
  • Bilakah masa paling sesuai ?
  • Bilakah masanya anda mampu belajar ?
  • Ketika itu penyerapan pembelajaran anda tidak ditahap yang optimum

Gunakan masa untuk .........

  • Berfikir - Ia merupakan sumber kekuatan
  • Belajar - Ia merupakan anda pintar
  • Bermain - Dengannya anda sihat dan cergas
  • Membaca - Ia menjadikan anda bijaksana
  • Sembahyang - Ia sumber ketenangan
  • Berkawan - Dengannya anda mendapat pengiktirafan dan kegembiraan
  • Menolong - Dengannya anda mendapat pertolongan tuhan 
  • Berjenaka - Ia menjadikan hidup anda ceria
  • Berusaha - Dengannya anda menjadi manusia berjaya
  • Bersyukur - Dengannya anda akan merasai manisnya kehidupan

0 comments:

Post a Comment