Pembelajaran ialah kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengekod dan mengfailkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila hendak menggunakannya. Menurut Dr Ragbir Kaur Joginder (2012), gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Selain itu, terdapat beberapa pendapat lain mengenai konsep gaya pembelajaran.
- Menurut Dunn & Dunn (1981) dalam buku Learning Style Inventory Development and Research, sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik.
- Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pe;ajar yang gemar cara belajar sendiri.
- Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea - idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang.
Konklusinya gaya pembelajaran merupakan kaedah belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya dalam memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat dan ilmu pengetahuan yang diingini. Gaya pembelajaran terbukti merupakan hasil gabunagn faktor - faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh - pengaruh warisan baka dan persekitaran iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.
Faktor - Faktor yang Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
* Persekitaran :-
- Bunyi
- Suhu
- Cahaya
- Reka bentuk
* Emosi :-
- Motivasi
- Keazaman
- Tanggungjwab
* Sosial :-
- Belajar Sendiri
- Belajar dengan Pasangan Karib
- Belajar Berkumpulan
- Belajar dengan Orang Dewasa
* Fisiologi :-
- Persepsi
- Pemakanan
- Waktu Belajar
* Psikologi :-
- Otak Kanan
- Otak Kiri
- Analitik
- Refleksi
- Global
- Ferak Hati
Gaya Pembelajaran VAK
Visual :-
- Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku di papan hitam atau paparan komputer
- Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan
- Murid 'visual' tidak memerlukan penerangan lisan seperti 'auditori' tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan
- Murid visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu
Auditori :-
- Murid auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan
- Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru
- Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru
Kinestetik :-
- Murid kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah
- Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus melalui hands-on
Implikasi Gaya Pembelajaran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran :-
Kurikulum :-
- Guru meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun
Bimbingan :-
- Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi, conceptualization dan uji kaji
- Guru boleh mendedahkan merid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah. Contohnya, unsur bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan dan percakapan
Penilaian :-
- Guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang berkaitan dengan gaya pembelajaran
mohon penjelasan, bagaimana menganjar karangan bagi murid yang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik
ReplyDelete