Strategi Meningkatkan Ingatan



Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas. Setiap manusia berbeza - beza. Ada diantara kita dapat mengingat sesuatu perkara dengan banyak. Dan ada diantara kita dapat mengingat sedikit. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan dalam pembelajaran :


  • Minat terhadap apa yang dipelajari
  • Belajar dengan tujuan untuk mengingat
  • Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar
  • Fahami dahulu sebelum mengingat
  • Menyusun ingatan secara logik
  • Mengingati fakta dalam satu rangkaian
  • Latih tubi dan ulang kaji berkali - kali
  • Menilai kembali apa yang dipelajari
  • Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari
  • Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui
  • Susun huruf - huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenali


Strategi Meningkatkan Daya Ingatan :




- Senaman dan aktiviti fizikal :



  • Sukan dapat menigkatkan peredaran darah, mengurangkan risiko obesiti dan diabetes serta menyihatkan jantung
  • Sukan memberi manfaat pada sistem tubuh, terutamanya daya ingatan dan kemampuan kognitif lain
  • Contoh sukan :  
      • Bersenam selama 20 hingga 30 minit sehari
      • Naik turun tangga
      • Berjalan
      • Berbasikal
      • Berenang

- Tukar rutin harian

  • Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir
  • Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan
  • Contohnya :
    • Tukar cat dinding atau wallpaper
    • Ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir


- Minda fotograf 



  • Amalkan minda fotograf iaitu dengan cara menangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti :
      • Deria penglihatan (lihat dan mengingati seperti warna, tekstur, rupa bentuk yang unik)
      • Deria bau (bau-bau tertentu sepeti wangi, busuk, hapak)
      • Deria rasa (rasa tertentu seperti masam, manis, masin, pahit)

- Teruskan belajar



  • Dengan belajar, kita akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan
  • Adalah disarankan agar mengikuti kuliah, kelas perbincangan secara berkumpulan
  • Dengan cara itu, kita akan saling bertukar -  tukar maklumat dan mendatangkan hasil yang bermanfaat untuk perkembangan daya ingatan

- Layari internet




  • Menurut pakar neurologi Gary Small mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus otak
  • Ini kerana ia dapat membantu dalam membuat keputusam
  • Sudah banyak maklumat di dalam mida dan otak terutamanya bagi orang yang berumur 55 hingga 76 tahun

- Berhenti merokok




  • Perokok selalunya cepat menghidap penyakit Alzhaimer (pelupa) lebih awal berbanding bukan perokok
  • Perokok juga mudah menghidapi penyakit kanser paru - paru


- Menjalin hubungan sosial dan keluarga



  • Semakin bersosial, semakin baik untuk ot
  • Ia dapat meningkatkanlagi daya ingatan kerana banyak berfikir
  • Mengasingkan diri dapat merosakkan banyak sistem tubuh seterusnya menyebabkan kita mudah lupa

- Makan makanan berkhasiat




  • Apa yang kita makan selalunya memberi kesan kepada ottak dan ingatan
  • Jadi makanlah makanan yang baik dan dapat meningkatkan daya ingatan
  • Antaranya ialah :
    • Sayur - sayuran berdaun hijau, bayam kubis, salad
    • Brokoli
    • Jus buah - buahan
    • Buah berbagai contohnya delima , beri - beri
    • Kismis
    • Kekacang
    • Minyak zaitun dan minyak sayuran
    • Madu


- Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi





  • Teh hijau atau teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi
  • Kafein yang banyak dalam kopi pula dapat meningkatkan konsentrasi
  • Jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua

- Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)

  • Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan
  • Contohnya mendengar muzik atau radio sambil belajar
  • Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut
  • Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan sehingga berjaya

- Kurangkan makan



  • Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya
  • Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya
  • Ia juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan 



Faktor - Faktor Mempengaruhi Ingatan :





* Faktor bahan pembelajaran :-


  • Kategori ini merangkumi empat aspek iaitu :
    • Panjagng bahan
    • Kesukaran bahan
    • Kedudukan bahan
    • Bahan bermakna


* Faktor kaedah pembelajaran :-

  • Ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan 
  • Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama :
    • Belajar secara bahagian
    • Belajar secara sekali gus dan last minit

* Faktor peirbadi :-

  • Dapat meningkatkan lagi daya ingatan selepas pembelajaran :
    • Umur
    • Jantina
    • Kebolehan
    • Motif
    • Emosi
    • Kesihatan
    • Personaliti 


Teknik - Teknik Meningkatkan Ingatan :



~ Teknik Mendengar





~ Peta Minda





~ Nota Ringkas





~ Skimming dan Scanning





~ Teknik Chunking dan Telnik Mnemonik







Kepintaran semula jadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semula jadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran - kemahiran belajar bukan sahaja membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semula jadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan dengan itu seluruh sistem pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar.

Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri

 


Pembelajaran ialah kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengekod dan mengfailkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila hendak menggunakannya. Menurut Dr Ragbir Kaur Joginder (2012), gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Selain itu, terdapat beberapa pendapat lain mengenai konsep gaya pembelajaran.

  • Menurut Dunn & Dunn (1981) dalam buku Learning Style Inventory Development and Research, sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. 
  • Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pe;ajar yang gemar cara belajar sendiri.
  • Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea - idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang.

Konklusinya gaya pembelajaran merupakan kaedah belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya dalam memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat dan ilmu pengetahuan yang diingini. Gaya pembelajaran terbukti merupakan hasil gabunagn faktor - faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh - pengaruh warisan baka dan persekitaran iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.



Faktor - Faktor yang Mempengaruhi Gaya Pembelajaran




* Persekitaran :-

  • Bunyi 
  • Suhu
  • Cahaya
  • Reka bentuk





* Emosi :-                                                  

  • Motivasi 
  • Keazaman 
  • Tanggungjwab                





* Sosial :-


  • Belajar Sendiri
  • Belajar dengan Pasangan Karib
  • Belajar Berkumpulan 
  • Belajar dengan Orang Dewasa




* Fisiologi :-


  • Persepsi
  • Pemakanan
  • Waktu Belajar




* Psikologi :-

  • Otak Kanan 
  • Otak Kiri
  • Analitik
  • Refleksi
  • Global
  • Ferak Hati




Gaya Pembelajaran VAK 





Visual :-





  • Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku di papan hitam atau paparan komputer
  • Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan
  • Murid 'visual' tidak memerlukan penerangan lisan seperti 'auditori' tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan
  • Murid visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu

Auditori :-



  • Murid auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan
  • Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru
  • Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru

Kinestetik :-



  • Murid kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah
  • Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus melalui hands-on

Implikasi Gaya Pembelajaran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran :-


Kurikulum :-


  • Guru meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun

Bimbingan :-

  • Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi, conceptualization dan uji kaji
  • Guru boleh mendedahkan merid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah. Contohnya, unsur bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan dan percakapan

Penilaian :-

  • Guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang berkaitan dengan gaya pembelajaran


Perancangan Jadual Belajar


Pelajar perlulah bijak menguruskan masa agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulang kaji dengan aktiviti - aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor utama kegagalan dalam pelajaran.


Sebagai pelajar anda mestilah :


  • Pastikan waktu mengulang kaji lebih daripada 3 jam sehari
  • Semakin hampir dengan peperiksaan anda perlulah belajar 5 hingg 7 jam sehari. Maksud 5 hingga 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan
  • Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam di waktu petang dan 3 jam di waktu malam. Ia menjadikan jumlah masa belajar anda iala 6 jam sehari
  • Anda jangalah membazir masa anda dengan media massa yang boleh menyebabkan anda lalai
  • Hargailah masa anda dan susun jadual supaya anda tidak merasa jemu apabila melakukan perkara yang sama


Concentration :

  • Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza
  • Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit
  • Jangan paksa diri anda
  • Sekiranya anda rasakan tumpuann mula terganggu, ambillah rehat seketika iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar
  • Sebelum anda sambung belajar, Cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya
  • Pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya anda tidak merasa jemu
  • Selang selitkan aktiviti membaca dengan membuat nota mind mapping
  • Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu bear
  • Jumlah bahan yang mahu diulang kaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan
  • Meletakkan matlamat untuk membaca 100 m/s dalam masa 1 jam adalah tidak realistik
  • Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang perkara yang mahu diulang kaji
  • Dengan adanya jadual belajar, anda akan tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu
  • Sediakan senarai harian (to do list) pada malam sebelumnya agar anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari
  • Tentukan tahap keutamaan dan kepimpinan
  • Rekodkan progress anda pada sehelai kertas
  • Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan
  • Gunakan teknik membaca yang berkesan
  • Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang
  • Fokus sekurang - kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses memanggil semula maklumat (recall)
  • Gunakan kad kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil - kecil di antara kelas, ketika menunggu, selepas rehat, sebelum masuk kelas dan lain - lain
  • Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil - kecil ini anda akan dapati jumahnya 1 hingga 2 jam dalam sehari
  • Manfaatkan pecahan masa anda
  • Sekiranya anda belajar secara konsisiten 1 jam seharii, ini bermakna anda hanya belajar 15 hari sahaja dalam setahun

Kaedah Merancang Waktu Belajar :

Waktu merupakan sesuatu yang tidak boelh dikawal, dicepatkan, deberhentikan atau dilambatkan. Kita memerlukan banyak masa atau waktu tetapi kita tidak tahu di mana harus kita mencari masa. Masa merupakan sesuatu yang amat bernilai lebih bernilai daripada wang ringgit. Kehilangannya atau terlalai sesaat sudah pasti kita tidak dapat semula waktu tersebut walaupun wang dilabur berjuta ringgir kerana masa takkan mungkin dapat ditukar ganti. Pepatah ada mengatakan 'lalai sesaat derita seumur hidup'. Antara kaedah - kaedah perancangan waktu belajar yang berkean ialah :

* Mengumpulkan Bahan yang anda perlukan :-




* Menggunakan Kalendar Perancangan Penggal :-




* Merancang Aktiviti Harian dan Mingguan :-



* Jadual Belajar yang efektif:-







Kepentingan dan Keperluan Jadual Belaajar :-


  • Jadual perancangan perlu ada kerana kehidupan lebih teratur dan tidak dalam keadaan terkejar-kejar dan tergesa - gesa
  • Sebelum jadual dibuat, perlu ada perancangan lain seprti cara belajar, tempat belajar dan suasana belajar
    • Dalam perancangan yang baik adalah cara belajar iaitu baca yang penting dahulu
    • Perlu merancang tempat belajar. Tempat sebaik - baiknya adalah di bilik belajar
    • Pastikan setiap pelajar mempunyai meja sendiri bagi tidak mengganggu pelajar lain
    • Bagi pelajar asrama, elakkan berkongsi meja bersam rakan lain kerana akan mengganggu perhatian terhadap pelajaran

Gangguan dalam Perencangan Jadual Harian :-


  • Mungkin jadual tidak dapat dipatuhi dengan sempurna 
  • Mungkin kerana sebab tertentu seperti pada hari minggu ibu bapa mempunyai agenda tersendiri seperti membawa anak - anak ke majlis sambutan, bercuti dan lain - lain
  • Dengan cara ini, kita haruslah mencari jalan penyelesaian untuk mengganti masa yang patut dilakukan supaya apa - apa yng dirancang tidak tertinggal dan tidak dibuat

Bagaimana untuk sentiasa mengikut jadual yang ditetapkan :-

  • Disiplinkan Diri

    • Jangan malas untuk ikut jadual. Jangan berkata 'nanti la buat'. katalah seperti 'baik lakukan sekarang supaya tidak bertangguh'.

  • Jadual yang Sederhana 

    • Jangan mengatur jadual terlalu kuat sehingga tiada masa untuk bersosial.
    • Pastikan jadual merangkumi semua aspek iaitu sosial, belajar, bersama keluarga dan sebagainya

  • Contoh Jadual yang Fleksibel

    • Hari Sekolah 
    • Hari Minggu

Manfaatkan hari anda ...





Pengurusan Masa


Definisi Masa :

  • Penting dalam kehidupan
  • Manusia melalui masa yang sama
  • Ada rasakan masa lambat berlalu
  • Ada rasakan masa cepat berlalu
  • Masa merupakan hak peribadi individu
  • Masa amat mustahak dalam kehidupan

Ciri - Ciri Masa :

  • Jumlah masa yang terhad
  • Masa terlalu singkat
  • Masa tidak berundur
  • Masa boleh dikawal
  • Masa boleh diurus 


Tujuan Pengurusan Masa :

  • Dapat bahagikan masa dengan wajar
  • Guna masa dengan betul
  • Menepati masa ikut jadual
  • Ikuti perkembangan pembelajaran
  • Tentukan kaedah uruskan masa ikut kehendak

Faedah Mengurus Masa :

  • Mencapai hasil terbaik
  • Mengurangkan tekanan
  • Mencapai kehidupan yang seimbang
  • Menyempurnakan banyak tugas
  • Menjaga kesihatan supaya lebih teratur
  • Ada masa untuk berehat
  • Mengelak 'last minute revision'
  • Lebih faham apa yang dipelajari
  • Mengurangkan kesilapan

Pembaziran Masa :

  • Selalu tangguh kerja
  • Tiada disiplin diri
  • Tiada objektif yang jelas
  • Tiada perancangan tugas
  • Gagal menyenaraikan keutamaan dalam bertindak
  • Tiada jadual dan norma kerja yang teratur
  • Kurang kemahiran dalam menjalankan tugas

Pengurusan Masa yang Efektif :

  • Buat perancangan aktiviti harian , mingguan , bulanan dan tahunan
  • Sediakan kalendar aktiviti tahunan pada setiap awal tahun
  • Sediakan jadual belajar
  • Sediakan senarai semak aktiviti program
  • Kategorikan aktiviti mengikut keutamaan
  • Dokumenkan aktiviti dalam diari dan mulakan tugas harian dan melihat diari
  • Rancang masa lapang untuk kegiatan berfaedah
  • Ambil berat tentang tarikh penting
  • Buat persediaan menyeluruh sebelum menghadiri sesuatu kegiatan
  • Rancang masa rehat anda dan sesuaikan masa solat
  • Peruntukkan masa belajar yang terbaik
  • Gunakan masa selebihnya untuk kerja 'routine'
  • Mulakan masa belajar dalam jangka masa yang pendek beransur
  • Tetapkan masa rehat selama 5 minit di antara mata pelajaran

Perancangan setiap minggu :

  • Tentukan kerja utama yang perlu dibereskan
  • Pinjamkan buku berkaitan dengan keperluan
  • Tentukan hasil yang anda ingini di akhir minggu tersebut 
  • Masa belajar harian
  • Rancangan masa belajar berdasarkan kemampuan
  • Bilakah masa paling sesuai ?
  • Bilakah masanya anda mampu belajar ?
  • Ketika itu penyerapan pembelajaran anda tidak ditahap yang optimum

Gunakan masa untuk .........

  • Berfikir - Ia merupakan sumber kekuatan
  • Belajar - Ia merupakan anda pintar
  • Bermain - Dengannya anda sihat dan cergas
  • Membaca - Ia menjadikan anda bijaksana
  • Sembahyang - Ia sumber ketenangan
  • Berkawan - Dengannya anda mendapat pengiktirafan dan kegembiraan
  • Menolong - Dengannya anda mendapat pertolongan tuhan 
  • Berjenaka - Ia menjadikan hidup anda ceria
  • Berusaha - Dengannya anda menjadi manusia berjaya
  • Bersyukur - Dengannya anda akan merasai manisnya kehidupan

Penetapan Matlamat Diri dan Akademik





Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang tajuk ini, mari kita lihat maksud penetapan matlamat. Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai kerana ia sam penting seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira iaitu kemahiran asas yang diperkenalkan kepada anak - anak ita yang masih kecil.

  • Penetapan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapaikepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak
  • Matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik dari matlamat yang mudah
  • Penetapan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak

Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah SMART 







 

SMART = JELAS

Penetapan Matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa , bila , di mana, bagaimana, dan kenapa.




MEASURABLE = BOLEH DIUKUR 

Matlamat yang diteteapkan mestilah boleh diukur





ATTAINABLE = MAMPU DICAPAI

Pencapaian yang realistik iaitu mampu dicapai oleh diri seseorang individu berkenaan




REALISTIC = NYATA

Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses secara berperingkat







TIMELY = BERPERINGKAT - PERINGKAT

Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat - peringkat dan dengan usaha yang berterusan









Definisi Pengurusan Pembelajaran

     

Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.
                                           (Nurlia Mohamad, 2012)